Tuesday 30 September 2014

PENGALAMAN MEMBELI SECARA ONLINE

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :Google


Assalamualaikum,

Alhamdulillah petang yang damai dan sejuk sekali, sedapnya jika dapat tidur bersama anak-anak ditambah dingin selepas hujan. Tetapi inilah peluang untuk saya siapkan tugas-tugas saya sementelahan anak-anak tidur. Dapat juga saya bereskan urusan pembelian secara online yang tertangguh tanpa gangguan.

Bila diingat kembali pengalaman membeli online saya bermula ketika tinggal di Sabah. Memandangkan tidak banyak pilihan tudung berawning di depan mata ketika itu, saya mencuba untuk membeli belah secara online. Rentetan dari itu, barang-barang lain turut saya beli secara online antaranya baju menyusu, baju kurung moden, barang kelengkapan ibu dan bayi, hanger tudung berklip dan lain-lain. Saya bukanlah sangat gemar membeli secara online kerana saya agak cerewet, tetapi jika barang tersebut menepati citarasa dan diyakini saya lebih senang begitu berbanding bersusah payah untuk mencarinya di kedai fizikal.

Memandangkan lambakan kedai online hari ini, saya lebih berhati-hati untuk membeli bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan yang sudah berleluasa. Sebelum berurusan dengan penjual, saya pastikan kedai online tersebut adalah kedai yang diyakini dan dipercayai. Ini dapat dilihat melalui maklumat peribadi seperti nombor lesen perniagaan, nombor telefon dan alamat. Pengalaman rakan-rakan atau orang terdekat juga membantu memberi keyakinan untuk memilih kedai online tersebut.

Selain itu, saya akan melihat maklumbalas daripada pelanggan yang sudah membeli dan yang sedang 'mencuci mata' di kedai online. Ini termasuklah interaksi antara pelawat dan penjual di facebook, testimoni dari pelanggan dan juga maklumbalas positif dari penjual sendiri. Maklumat tersebut bukan sahaja memberi informasi tentang kedai online malah menggambarkan kualiti barang yang dijual dan servis perniagaan tersebut. Biasanya untuk membeli sesuatu produk, saya akan singgah di beberapa kedai online dan membandingkan produk, harga dan pakej yang ditawarkan.

Selepas membuat pemilihan produk dan memahami segala maklumat dan syarat, barulah saya berurusan dengan penjual. Penjual yang mesra pelanggan amat saya gemari, dari penerangannya yang jelas, menggunakan bahasa yang sopan dan memudahkan urusan jual beli mampu membeli hati pelanggan untuk membeli. Apabila barang yang dipesan sudah saya terima, pasti saya akan memberi maklumbalas kepada penjual dan berterima kasih kepadanya.

Pembelian secara online amat memudahkan urusan kehidupan seharian saya. Selain menjimatkan masa dan wang, saya juga berpeluang membeli barang dengan harga yang lebih murah dan kadangkala barang tersebut tidak dijual di pasaran Malaysia. Tentu suka kan! Saya bebas membeli belah tanpa mengira waktu siang atau malam dan bebas memilih tanpa paksaan dari penjual. Tiada stress dan tidak memeningkan kepala.

Namun dalam kemudahan dan kesenangan pembelian secara online, saya harus akur risiko dan kekurangan yang ada. Nilai kepuasan terhadap barang yang dipilih tidak seperti kita membeli di kedai fizikal. Kebiasaannya keselesaan, jenis material tidak dapat kita jangka kerana tidak dapat menyentuh dan mencuba barang sebelum membeli. Warna barang juga kadangkala tidak sama seperti yang kita lihat di kedai online, ini adalah kerana faktor kamera atau faktor cahaya yang tidak dapat dielakkan. Sama sahaja bukan, membeli secara online atau membeli di kedai fizikal masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Kita sahajalah yang harus membuat pilihan yang bijak.

Berhenti dahulu untuk menyiapkan makan malam. Hingga bertemu lagi di entri akan datang. Wassalam.




Wednesday 24 September 2014

ANDA PATUT ADA INI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi


Muslimah hari ini sudah pandai menilai mana lebih baik dan mana yang terbaik. Meskipun limpahan fesyen yang datang, namun mereka bijak memilih mana yang sesuai untuk menutup aurat mereka. Ini termasuklah tudung, baju, skirt, dan sebagainya. Nampaknya fesyen pakaian yang selari dengan syariah lebih digemari ramai.

Kini Butik Al-Izzah menampilkan baju kurung moden Raisya terbaru yang merupakan keluaran kedua selepas menempa jualan laris pada keluaran pertama. Baju yang disertakan dengan kain skirt ini sangat selesa, kerana menggunakan material yang sejuk dan tidak melekap. Potongan yang kembang di bawah (A cut) menjadikan ia beralun bila dipakai dan kelihatan longgar. 

Istimewanya baju ini sesuai bagi ibu-ibu menyusu kerana disertakan zip bagi memudahkan bukaan untuk menyusu. Lengan baju juga direka beserta cekak untuk memelihara aurat dengan lebih sempurna. Meskipun bercekak, lengan baju mudah diregangkan ketika berwudhu'. Baju kurung moden Raisya didatangkan dalam 5 saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL, dan keluaran terbaru ini menampilkan 50 rekaan untuk dipilih.

Bagi yang belum memiliki baju ini, inilah masanya untuk mencuba di Butik Al-Izzah. Ramai yang sudah membeli dan memberikan respon yang sangat positif malah membuat pembelian lagi. Baru beberapa hari baju ini dilancarkan, beberapa kod sudah habis terjual dan stok menyusut dengan laju. Jika anda berminat, jangan berlengah lagi ya!










HARGA LEBIH ISTIMEWA UNTUK SEMUA, KINI RM139 UNTUK SEMUA SAIZ (TIDAK TERMASUK POS). TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.


SMS/WHATSAPP
0193991809

PM

Friday 19 September 2014

DISIPLIN WAHM

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google dan arkib ABDR



Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini saya dapat selesaikan tugasan terjemahan mengikut tempoh yang diminta oleh pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Walaupun hanya 2 halaman dokumen yang harus diterjemah, tetapi memakan masa juga untuk menyiapkannya. Setiap perkataan harus diteliti dan diperhalusi sehingga ke 'lubang cacing'. Meskipun penat memerah otak menyiapkan terjemahan, namun bidang ini yang saya suka!

Saya membuat kerja terjemahan di rumah sahaja tanpa perlu ke pejabat, namun bekerja di rumah juga harus punya disiplin seperti orang bekerja di luar rumah. Ya! Mahu tidak mahu sesiapa pun harus ada disiplin. WAHM juga begitu kan, disiplin masa, disiplin agihan tugas, disiplin pemakanan dan sebagainya. Tanpa sokongan orang sekeliling agak sukar mencapai impian WAHM.

Kebetulan pada hari ini keluarga sebelah mertua mengadakan 'makan besar' memandangkan keesokan hari ada anak yang akan kembali ke kota setelah menghabiskan cuti di kampung. Tugasan saya belum selesai, maka saya memilih untuk kuarantin di rumah sahaja. Suami sudah memberi isyarat agar saya tidak perlu turut serta kerana waktu ini tugas saya lebih utama. Maka suami dan anak-anak sahaja pulang untuk meraikan 'makan besar' tersebut. 

Tidak mudah menghadapi situasi begitu tanpa kumpulan sokongan yang saling memahami. Alhamdulillah agenda makan tersebut berjalan dengan lancar dan tugasan saya juga berjaya disiapkan dengan jayanya. 

Itu hanyalah satu situasi dari beribu situasi yang perlu WAHM hadapi. Setiap WAHM perlu ada disiplin dalam diri untuk terus sukses bekerja di rumah. Kerana itu, setiap suri bekerjaya yang mengimpikan menjadi WAHM perlu menimbang beberapa perkara sebelum meletak jawatan, kerana banyak cabaran baru harus ditempuhi termasuklah disiplin dalam diri. Menurut pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad, antara lain yang perlu dititik beratkan ialah:

1. Kenal pasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebelum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM, SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apabila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.



Jika anda juga mengimpikan menjadi WAHM suatu hari nanti atau sedang merancang menambah pendapatan, ayuh bergabung bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Apa yang kami ada?

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk makanan
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online


Kami juga menawarkan perkhidmatan:
 1. Tempahan blog bisnes/penulisan
 2. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/



Boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan pertanyaan
Facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA : 0193991809

Saturday 13 September 2014

SEDIAKAN PAYUNG DAHULU SEBELUM TERJUN


 
Puan Radiah (bukan nama sebenar)
Saya wanita bekerjaya, mempunyai 3 orang anak. Saya mahu berhenti kerja dan saya tidak ada pengalaman memulakan bisnes online. Apakah saranan yang sesuai.
1. Jangan berhenti kerja dahulu.

2. Puan mulakan daripada yang asas, mula bisnes online dan belajar dahulu menjana pendapatan minima RM100 sehari.

3. Buat sasaran pendapatan bersih berdasarkan bisnes tersebut, contoh RM1K sebulan.

4. Puan latih diri untuk simpan dahulu pendapatan dari sumber ke dua tersebut.

5. Puan buat rekod, contoh sasaran selama setahun.

6. Buat peningkatan sasaran, sekiranya 6 bulan pertama sudah RM1K, 6 bulan berikutnya perlu ada peningkatan. Tidak boleh statik.

7. Jangan berhenti dahulu, sehingga puan sudah disiplin perkara di atas.

8. Puan perlu biasakan dengan membezakan pendapatan bisnes dan keuntungan bisnes.

Puan boleh cuba dahulu pilihan di bawah. Boleh daftar, sekiranya sudah bersedia. -Kelas Mula Bisnes Online. -Kelas Bisnes Dropship. -Kelas Rakan Niaga (Penulisan/Bisnes)
 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium
 
Boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan pertanyaan
Facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA : 0193991809

Friday 12 September 2014

BERTATIH SEBELUM BERLARI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah



 








Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan kedai kecil. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.

Untuk mereka yang baru mahu mula belajar berbisnes, sertai kelas online blog mula bisnes. Belajar hasilkan blog kedai online.

-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
-suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital

Bagi yang tiada produk, boleh mula dengan dropship ABDR. Boleh pilih pilihan produk dropship makanan sunnah, telekung solat, produk makanan atau produk islamik.

Mendaftar hari ini, setiap hari kami menerima pendaftaran.

Hubungi saya,
Facebook  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA 0193991809

SAMBUTAN HANGAT - BAHAGIAN 2

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum semua,

Saya ada berkongsi kisah tentang pai roti berdaging ini beberapa hari yang lalu, dan hari ini saya tunaikan janji untuk berkongsi resepinya kepada anda di luar sana. Resipi ini saya ambil dari internet dan saya pun sudah lupa sumbernya. Ada sedikit versi derhaka kerana saya ubah mengikut citarasa kami sekeluarga.

PAI ROTI BERDAGING

5 keping roti putih - dipotong dadu
3 biji telur
2 batang sosej
1 genggam daging kisar
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup - cincang
1 biji cili merah - cincang 
1/2 biji bawang besar - cincang
lada hitam

1- Potong sosej kecil-kecil, goreng dan angkat.
2- Tumis bawang besar, kemudian masukkan daging cincang, sos tiram, lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan pula sosej tadi.
3- Ratakan campuran daging dan sosej, curah telur atasnya.
4- Tabur daun sup, cili merah.
5- Tabur roti putih tadi menutupi telur, tekan-tekan sedikit. Tutup dan tunggu biarkan sehingga masak.
6- Siap dan hidangkan. Hiaskan dengan sos dan mayonis.

* Biasanya menu ini dimasak menggunakan periuk 'non stick', jadi sesiapa ada periuk ajaib ke atau Tefal, Belva dan seumpamanya bolehla gunakan itu.

Anda boleh mengubah resepi ini mengikut citarasa anda, saya juga menambah keju di atas lapisan paling atas, menjadikan pai ini lebih sedap dan berkhasiat. Selamat mencuba!


URUS KEWANGAN KITA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah



Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan.

Bagi usahawan yang tidak tahu semua asas di atas, boleh sertai kelas akaun di bawah.

1.Grup Coaching (4-6pax)
23/9/14, Selasa
2/10/14, Khamis
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)

2. Kelas online - 21 Sept 2014, Ahad
Sesi online selama 3 jam

3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 di Melaka 13 Sept, Sabtu.


Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran
FACEBOOK -  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA - 0193991809

AYUH KITA MULAKAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah 



Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya
Selamat datang pelajar September.

Bergabung dengan kami 830 blog, kami mara 1000 penyertaan akhir tahun ini. Insya Allah.

Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari.

Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada :
1) Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2) Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3) Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.


Jika sudah bersedia untuk bermula boleh hubungi saya,
  SMS/WA: 0193991809
facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Thursday 11 September 2014

TERHANGAT DI PASARAN - TUDUNG TWIST DELISHA

Teks - Norhafizah Abd Hadi
Gambar - Butik Al-Izzah




Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini keluar tudung baru di butik online saya https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Rasa sangat teruja kerana tudung ini adalah antara yang terhangat di pasaran. Saya sedar banyak pengusaha tudung mengeluarkan tudung seumpama ini, namun masing-masing punya rekaan dan citarasa yang tersendiri. 

Istimewanya Tudung Chiffon Twist Delisha ini kombinasi 2 warna menarik dan segar dengan 2 lapis kain dari material chiffon. Awningnya yang teguh berpengeras membuatkan penampilan wajah lebih kemas dan cantik terbentuk. Didatangkan dalam 2 saiz iaitu L dan XL, memberi peluang pembeli menggunakan lebih kuasa memilih.

Memandangkan sebelum tudung ini dilancarkan ramai sudah yang bertanya dan berkenan, pastinya akan tudung ini bakal meletup di https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Jika anda berminat, mohon hubungi saya dengan segera ya! 

Jemput singgah di butik online saya, insya Allah anda akan dilayan sebaiknya. 










Wednesday 10 September 2014

PENCARIAN RAKAN NIAGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi



Alhamdulillah, kini dengan seriusnya Akademi Bekerja Di Rumah mencari calon-calon berdedikasi untuk menjadi Rakan Niaga ABDR. Dengan memanfaatkan internet dan laptop, rakan niaga tidak perlu keluar rumah untuk menguruskan A hingga Z. Semuanya hanya atas talian. Dengan usaha yang konsisten, insyaAllah dapat menambah wang poket atau balik modal dengan hanya sekali yuran.


Apa yang kalian dapat jika mendaftar bersama kami?

Anda akan mendapat '1 Blog Bisnes' yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHO directory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

InsyaAllah,kita sama-sama belajar dan keluar dari zon selesa. Pada masa yang sama berusaha menambah pendapatan TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA DI HUJUNG JARI SAHAJA.

Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. InsyaAllah usaha agar kejayaan kita raih bersama.

Antara pakej ebook ABDR :





Antara Kelas-kelas Online ABDR:




Itu hanyalah sebahagian yang sempat saya kongsikan, daftar sebagai rakan niaga untuk menjana pendapatan. Jika sudah bersedia untuk bermula boleh hubungi saya,

sms / wtsapp : 0193991809
facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Monday 8 September 2014

SAMBUTAN HANGAT


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum,
Minggu lalu suami saya menyediakan sarapan pai roti berdaging kesukaan kami sekeluarga. Kami mula mencuba resepi ini sewaktu bermastautin di Sabah. Dengan keenakan lapisan daging, telur, roti dan keju, memang pasti licin setiap kali membuatnya.

Alkisahnya, anak-anak bawa bekal pai tersebut ke sekolah. Masing-masing pulang dengan bekas kosong. Habis! Mendengar pula cerita anak-anak makan bekal di sekolah, masing-masing dikerumuni rakan-rakan. Semua nak mencuba dan merasa keenakannya. 

Sebenarnya sudah dua kali suami membuat pai tersebut dalam bulan ini, setiap kali itulah anak-anak mahu bawa bekal. Kali pertama membawanya, anak sulung pulang dengan pesanan ringkas, "Mama, ada kawan nak order pai roti RM4". Terkedu mendengarnya. Lantas saya bertanya, sama ada dia berjualan ke di sekolah tadi, rupanya rakannya tidak puas makan.

Kali kedua si anak pulang dengan kisah lain pula, dia meminta resipi dan minta saya salin di kertas. Sekali lagi saya terkejut, untuk apa? Oh rupanya ada seorang rakannya meminta resepi tersebut. Saya ketawa kelucuan, tak sangka pun ada, kanak-kanak zaman sekarang lebih bijak. Sudah pandai 'order' dan pandai minta resepi. Jika nak banding dengan saya sewaktu umur begitu, saya hanya pandai pesan, "esok bawa lagi ya!".

InsyaAllah saya akan kongsikan resepi ini untuk para suri di luar sana di entri akan datang. 



Saturday 6 September 2014

BISNES + ILMU

Teks : Norhafizah Abd Hadi


Assalamualaikum,

Saya masih ingat lagi sewaktu menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dahulu ada satu servis penghantaran makanan ke kolej-kolej kediaman pelajar. Servis tersebut dibuat oleh restoran-restoran yang berdekatan dengan kampus tersebut. Waktu itu jika teringin ubah selera, saya dan kawan-kawan akan memesan makanan menerusi khidmat sms. Sampai waktunya, pekerja kedai akan menghubungi kami untuk mengambil makanan.

Itu hanyalah cara yang ada waktu itu selain perlu keluar sendiri ke restoran tersebut. Setelah zaman berubah, saya pasti kini cara pemasaran restoran tersebut ada peningkatan, mungkin sudah ada page atau blog, cara mengambil pesanan juga mungkin sudah berubah. 

Zaman sekarang lebih mudah sebenarnya, bisnes dengan bangunan fizikal dan online sekali. Hanya perlu menadah ilmu dari mentor atau sifu untuk ilmu yang pelbagai. Bukan bisnes sahaja boleh online, belajar pun boleh secara online, di mana dan bila-bila masa sahaja. Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ada jawapannya. 

Uniknya akademi ini hanya wujud secara maya sahaja, kami bergabung menawarkan kelas-kelas online dan menawarkan perkhidmatan. Berikut adalah kelas yang diadakan. Boleh daftar mana-mana kelas berikut:

1.Kelas blog penulisan
2.Kelas blog bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship projek lepas raya
- dropship islamik
- pengurus online akademi

3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas akaun online/offline

Kami juga menawarkan perkhidmatan:
1. Tempahan blog bisnes
2. Beriklan dengan kami di pautan 830 blog

 Bagi yang berminat untuk sertai ABDR boleh hubungi saya,

Email : pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
sms/ wtsapp : 0193991809
add saya di facebook :  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9


MINYAK ZAITUN DAN KULIT BAYI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google


Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun ini saya bakal menerima kelahiran beberapa orang anak saudara, adik-adik dan kakak sedang dalam fasa kehamilan. Bertambah besar dan meriah la nanti. Kami saling berbincang dan berkongsi dari A-Z tentang penjagaan ibu, bayi dan persediaan untuk kehidupan baru selepas kelahiran bayi.

Antara yang kami kongsikan penggunaan minyak zaitun sebagai pengganti losyen bayi. Saya sendiri berpengalaman menggunakan losyen untuk anak pertama, tetapi untuk anak kedua dan ketiga lebih banyak menggunakan minyak zaitun. Saya perhatikan ada perbezaan penggunaan kedua-duanya itu. Sebenarnya banyak kebaikan minyak zaitun untuk kulit bayi, bukan setakat pengganti losyen, lebih banyak cara kita guna, lebih banyak manfaat yang akan dapat.

Kulit bayi sangat halus dan sensitif, amat memerlukan penjagaan yang rapi. Dengan sifatnya yang asli (tanpa bahan kimia) dan khasiatnya yang hebat, minyak zaitun mampu memberikan yang terbaik untuk kulit si manja dengan penggunaan yang optimum. 

Antara kelebihan minyak zaitun ialah:

* Sebagai minyak urut
Sangat bagus mengurut bayi sejak awal kelahirannya untuk merangsang tumbesarannya. Bayi akan terasa nyaman, tidak mudah kembung, aktif malah cepat membesar.

* Campuran mandian
Titiskan minyak zaitun dalam air mandian bayi, untuk melembabkan kulit bayi. Kadangkala kulit bayi akan menjadi kering kerana menggunakan sabun yang kurang sesuai, penggunaan minyak zaitun dalam mandiannya sedikit sebanyak dapat mengelakkan iritasi atau kekeringan.

Bayi yang baru dilahirkan tidak elok mandi dengan kerap, apa yang penting adalah menitikberatkan kebersihannya. Bagi 1-2 bulan pertama, boleh diselang selikan dengan hanya mengelap bayi menggunakan tuala lembab. Untuk membersihkan kawasan yang berlipat, boleh gunakan kapas lembab dan titiskan sedikit minyak zaitun, selain kotoran dapat disingkirkan kulit juga akan menjadi sihat dan cantik.

* Untuk penjagaan kulit kepala
Minyak zaitun digunakan untuk menyapu kepala bayi yang sudah dibotakkan untuk memberi kelembapan dan menyuburkan kulit kepala. Ia juga digunakan sebagai agen untuk melembabkan kerak di kepala agar mudah disingkirkan.

* Pelembab semulajadi
Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelembab kulit bayi menggantikan losyen. Kulit tidak mudah naik ruam dan lebih lembab terutama bahagian-bahagian yang berlipat. Minyak tersebut membentuk lapisan pada kulit, yang mengekalkan kelembaban kulit sekaligus melindungi dari iritasi.

Selain digunakan untuk luaran, bayi juga mendapat khasiat luaran dan dalaman jika ibunya mengambil minyak zaitun setiap hari. Dia mendapat khasiat tersebut menerusi susu ibunya. Jika ada yang belum pernah mengamalkannya, mulakanlah sekarang, sejak bayi masih kecil. Tidak akan rugi mengamalkannya bahkan lebih sihat dan bertambah berkat.

Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, “Makanlah MINYAK ZAITUN dan berminyaklah dengannya, kerana ada PENAWAR untuk tujuh puluh (70) penyakit dan salah satu daripadanya adalah kusta”.



Monday 1 September 2014

BAHAGIA DI HUJUNG MINGGU

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi



Assalamualaikum,

Cuti hujung minggu kali ini agak panjang sedikit kerana bersambung hingga hari Isnin lantaran ulangtahun kemerdekaan jatuh pada hari Ahad. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kendara menyempurnakan hajat masing-masing.

Saya turut menerima undangan ke majlis perkahwinan sekitar Klang, Shah Alam dan kawasan tempat tinggal saya. Jalan raya sentiasa penuh dengan kenderaan di kedua-dua arah menuju destinasi masing-masing. Ternyata cuti hujung minggu yang panjang sedikit kali ini dimanfaatkan sebaiknya, ada yang pulang ke kampung, ada yang mengadakan kenduri, walau apa pun aktiviti yang dilakukan melibatkan pertemuan dan mengeratkan silaturrahim. 

Hari ini saya berpeluang membuat dadih untuk keluarga tersayang. Anak-anak memang gemarkannya, terutama yang sulung, dia kerap membeli di sekolah sewaktu menunggu van untuk pulang. Apabila melihat air tangan ibunya, anak-anak sangat teruja dan memuji-muji lagaknya seperti masakan chef hebat. Alhamdulillah nikmat menjadi seorang ibu dapat memberi kegembiraan pada anak-anak.

Anak sulung turut melahirkan hasrat ingin menjual dadih di sekolah, anak yang seorang ini memang gemar bisnes, tetapi saya nyatakan juadah tersebut untuk dimakan seisi keluarga sahaja. Mungkin lain kali boleh dijual demi melayan kesungguhannya untuk berjualan. Mana tahu dari minatnya itu boleh digilap lagi menjadi lebih sukses di masa hadapan. InsyaAllah.

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014